Oudated!! Please refer to http://blog.mypapit.net for the current version.
Dilema Pelanggan Kecewa III
posted at : 5/18/2005 03:16:00 PMby: mypapit
Oudated!! Please refer to http://blog.mypapit.net for the current version.
Hari aku bukak paper, sekali aku tertarik dengan satu lagi ruangan forum susulan dari episod Dilema Pelanggan Kecewa dan Dilema Pelanggan Kecewa II. Maka terimalah Dillema Pelanggan Kecewa III, dibawakan khas oleh Forum Utusan Malaysia
Lagi pelanggan kecewa perkhidmatan TMNet Streamyx
Saudara Pengarang,(1)
SAYA ingin merujuk kepada surat balas dari Rosli Abas, System Engineer dari Subang Jaya yang cuba memperbetulkan kesalahan maksud yang telah digunakan oleh Pelanggan Kecewa dari Gombak.
Saya rasa hal-hal yang berkenaan tidak perlulah dipanjangkan lagi kerana bukan itu maksud sebenar yang diluahkan oleh Pelanggan Kecewa.
Apa yang diharapkannya adalah perkhidmatan yang ditawarkan mestilah menepati dan memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
(2)
Untuk makluman, pakej TMNet Streamyx bagi RM99 akan dibekalkan dengan satu set modem ADSL dan kelajuan pengaksesan sehingga 1 Mbps.
Saya adalah pelanggan TMNet Streamyx dengan pakej RM88 dan layak mendapat satu set modem ADSL secara percuma yang ketika itu sedang dalam promosi.
Apa yang saya kesalkan adalah saya telah mendaftar pada 8 April 2005 dan hanya boleh membuat sambungan Internet pada 4 Mei 2005 tetapi akaun saya telah diaktifkan secara automatik pada 19 April 2005.
Saya teramat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan terutama pada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan TMNet kerana lewat untuk menyelesaikan masalah saya.
(3)
Saya juga menerima nasib yang sama seperti Pelanggan Kecewa kerana ditolak tendang ke sana dan ke mari sehingga saya sendiri sudah memutuskan untuk membatalkan hasrat saya untuk melanggan perkhidmatan ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Ismail dari TM kerana akhirnya saya dapat juga mengakses Internet pada 4 Mei 2005 dan beliau mengatakan masalah ini berpunca daripada kecuaian pekerja TM untuk membuat jumpering.
Sesudah itu, saya cuba menguji kelajuan muat turun dan muat naik antara sistem komputer saya dengan pusat TMNet Streamyx.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kelajuan pengaksesan Internet jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan TMNet dial-up (56 kbps).
Kelajuan capaian internet saya cuma pada kadar 128kbps hingga 150 kbps untuk muat naik dan 30kbps hingga 50 kbps untuk muat turun.
(4)
Ini jauh lebih rendah daripada pakej yang ditawarkan oleh TMNet iaitu pada kelajuan 1000 kbps untuk muat naik dan 512 kbps untuk muat turun.
Adalah releven jika TMNet memberikan alasan pengguna tidak akan mampu untuk mencapai kelajuan seperti itu kerana kita masih lagi menggunakan wayar kuprum berbanding jalur optik untuk prestasi maksimum.
(5)
Saya berharap agar pihak TMNet Streamyx janganlah hanya pandai membuat janji kosong dengan menyediakan kelajuan pengaksesan tinggi sedangkan mustahil untuk pengguna mendapatkannya.
Cadangan saya adalah pihak TMNet Streamyx seharusnya menyediakan rangkaian jalur optik kepada pengguna sekiranya betul-betul mahu menawarkan pengaksesan berkelajuan tinggi.
Jika tidak, jangan mengeluarkan produk-produk sebegini yang hanya boleh didapati di segelintir tempat dan pelanggan seperti kami dibiarkan tertipu dengan iklan-iklan dari pihak TMNet Streamyx. - BUKAN SYSTEM ENGINEER, Shah Alam, Selangor.
Analisis :
1. Kandungan lebih kurang sama dgn post asal
2. Post ini cuba memperbetulkan post Pelanggan Kecewa I (1)
3. Kedua-dua Pelanggan Kecewa I dan III pakai streamyx pekej 1Mbps(2)
4. Nasib Pelanggan Kecewa III lebih baik sebab dia tidak lupa topup prepaidnya(3)
5. Kedua-dua Pelanggan Kecewa I dan III, kecewa dgn kelajuan streamyx(4)
6. Pihak TM membuat janji kosong kepada Pelanggan I dan III, isk2 (1)
7. Streamyx kat Shah Alam pun bermasalah?
Anda digalakkan membaca siri sebelumnya iaitu Dilema Pelanggan Kecewa dan Dilema Pelanggan Kecewa II di blog ini untuk lebih memahami triologi ini.
p/s : Cerita diatas bukanlah cerita rekaan semata-mata, ia adalah kisah benar-benar berlaku dan kebenarannya tertakluk kepada penyiarannya dalam ruangan Forum Utusan Malaysia. Sila komplen ke ruangan Forum Utusan sekiranya anda mendapati cerita ini tidak benar dan mempunyai unsur-unsur pembohongan dan tipu daya.
Email forum utusan : forum@utusan.com.my, email yang mempunyai attachment tidak akan dilayan.
Sejak-sejak peristiwa penjenamaan semula TM Berhad, pihak TM telah mengeluarkan pernyataan seumpama jaminan "anda tidak akan lagi dilayan seperti nombor". Ironisnya, kes perkhidmatan streamyx yang mengecewakan kebelakangan ini telah mengundang rungutan dan ketidakpuashatian dikalangan pengguna, dan apabila pengguna membuat laporan, suatu siri nombor akan diberikan, dimana pengguna perlu menghafal nombor tersebut untuk memudahkan pihak TM membuat rujukan. Jelaslah sekarang ini, walaupun selepas penjenamaan dan slogan baru, "pelanggan masih lagi dilayan seperti nombor" at least untuk pelangan Streamyx.
Kenapakah pihak TM masih tidak lagi memberikan maklum balas kepada umum? khasnya di Forum Utusan, memandangkan isu ini pertama kali diutarakan di sini?
Mungkinkah triology ini akan bersambung? kita tunggu episod seterusnya....
111640389441216567
5/18/2005 03:16:00 PM - Permalink